A Little Of Me

Foto saya
In Use Gear- Ibanez GRG270,EMG-H4 Bridge n Neck,EMG-S3 Middle,EMG-AB Booster, Boss DS-2 Turbo Distortion,Boss MT-2 Metalzone, Boss CE-5 Chorus Ensemble, Boss RV-5 Digital Reverb, Digitech Whammy IV, Roland Cube 20x combo Amplifier. Previous Gear - Boss SD-1 Super Overdrive, Zoom G9.2tt Multieffect,Line 6 Pocket Pod, Korg AX3G, Korg A5, Peavey Rage 158 Transtube series, Marshall MS-2, Samick's Stratocaster, Yamaha C300, Rockwell Jazz Bass RB50...

Senin, 23 Maret 2009

Guitar construction and parts.

Ramai orang boleh bermain gitar, dan umumnya hampir semua populasi manusia di dunia tahu apakah itu gitar,bahkan beruk modern juga tahu(MELAINKAN MEREKA YANG LAHIR DAN TINGGAL DI HUTAN YANG BELOM DITEROKAI). Namun, apakah itu gitar sebenarnya? mari kita tinjau dan kenali alat muzik yang sering kita dengari di kuping telinga.

ini adalah gitar elektrik (emmm....i guess everybody know it)
Photobucket

1. Headstock(atau kepala gitar). Bentuk bervariasi mengikut jenama/merek gitar tersebut

2. Nut. Terdapat dua jenis secara umumnya. Nut biasa dan Locking Nut(biasa digunakan pada gitar yang menggunakan sistem 'floating bridge' atau Up Down Tremolo) Berfungsi dalam meletakkan tali selari pada fretboard.

3. Machine Head atau umumnya dikenali sebagai tuner(berbeza dari tuner gadget). Nama lain pegheads, tuning machine atau tuning key. Berfungsi pula dalam menyetel/merubah nada/pitch pada tali gitar.

4. Frets merupakan susunan dawai/metal strip sepanjang fretboard mengikut skala/scales berpandukan formula matematika(which aku belum betul2 mendalaminya,tapi slalunye dah dinyatakan fix scale range mengikut standard). Fret ni berguna dalam menghasilkan pitch/nada bila ditekan pada fret tersebut. Semakin dekat fret yg ditekan dari badan gitar, semakin tinggi nada yang akan dihasilkan....errrkkk.

5. Truss rod adalah rod logam yang disambungkan didalam antara headstock dan neck, berfungsi untuk menpertahankan struktur neck dan headstock gitar sebab kayu boleh bengkok kerana usia dan kelembapan udara sekitar(cewah). Sebaiknya anda menyimpan gitar anda didalam casing jika jarang dipakai.

6. Inlay. Emmmm....inlay ni diwujudkan sebab utama untuk menjadi marker/penanda pada fret gitar bagi memudahkan mereka yang baru belajar gitar. Tapi sekarang inlay turut juga digunakan sebagai nilai estetika/seni pada gitar tersebut. Bahan yang diuganakan antaranya adalah pearloid, abalone, LED dan bermacam2 lagi.

7. Neck. It just a NECK!!!!!(emmm.....untuk menempatkan fretboard dan fret gitar)

8. Neck Joint. Bahagian sambungan antara neck dan body gitar..ade gitar yang tk pkai joint/neckthru body.

9. Body gitar.(kalo bentuk macam ni terkenal dengan nama masyhur Les Paul-nama orang yang first design bentuk ni). Kayu yang sering digunakan dalam pembuatan body adalah mahogany, maple, dan basswood dan masing2 memilki sifat yang berbeda dari segi kekuatan, berat, dan resonansi yang dihasilkan.

10. Pickup gitar. Bahagian yang paling vital dalam gitar elektrik sebab secara dasarnya signal elektrik dihasilkan oleh pickup ini yang dimana pickup ini merupakan seketul magnet atau solenoid konsep elektronik. Baik atau buruknya sesebuah bunyi gitar itu paling banyak dipengaruhi oleh pickupnya selain dari jenis kayu pada body dan fretboard. Single-coil/strat pickup merujuk kepada pickup yang menggunakan satu pickup dalam menghasilkan bunyi dan output signal yang dihasilkan tidaklah terlalu besar dan bunyi lebih vintage jika dibandingkan dengan double-coil/humbucker yang menghasilkan output signal yang jauh lebih besar dan lebih digemari oleh pemuzik aliran rock dan metal. seymour duncan, emg dan dimarzio merupakan jenama yang tersohor dalam industri penghsilan pickup.

11. Elektronik seperti volume and tone control. ada variasi tambahan seperti booster dan killswitch, bahkan signal modulator juga ada.

12. Bridge. 'Jambatan' pada tali gitar yang menghubungkan tali ke bahagian neck mahupun memegang tali gitar pada bahagian badan. ada macam2 jenis seperti fix bridge, tune-O-matic bridge(macam dalam gambar), tremolo/floating bridge dan bigsby.

13. Pickguard. bahagaian yang tidak terlalu penting/sekadar tambahan yng berfungsi melindungi badan gitar ketika strumming mengunakan plectrum.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Pengikut